Sidang DUN Melaka esok ditangguhkan

Sidang DUN Melaka yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula esok ditangguhkan ke suatu masa yang belum ditetapkan. Gambar fail.
Sidang DUN Melaka yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula esok ditangguhkan ke suatu masa yang belum ditetapkan. Gambar fail.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula esok ditangguhkan ke suatu masa yang belum ditetapkan, kata Timbalan Speaker DUN Melaka, Datuk Ghazale Muhamad.

“Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri berkenaan telah menerima notis penangguhan pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab persidangan DUN itu terpaksa ditangguhkan.

Kerajaan semalam mengeluarkan arahan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung termasuk Melaka selama empat minggu bermula esok kecuali bagi Perlis, Pahang dan Kelantan berikutan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat.

Sebanyak 322 kes positif Covid-19 direkodkan di Melaka sehingga semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: