PPM Semporna rampas 120 liter petrol

Petrol yang berjaya dirampas PPM di perairan Pulau Nusakuya, Semporna.
Petrol yang berjaya dirampas PPM di perairan Pulau Nusakuya, Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas sebanyak 120 liter petrol dalam sebuah bot pam di perairan Pulau Nusakuya di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, seorang lelaki dipercayai sebagai juragan berada di dalam bot terbabit sempat melarikan diri di kawasan cetek perairan berkenaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohammad Ismail berkata, ketika sepasukan anggotanya menjalankan Op Benteng Covid-19 di kawasan itu, terdapat seorang lelaki menaiki bot pam dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota PPM cuba menahan bot berkenaan, namun seorang lelaki yang berada di dalam bot itu bertindak memecut laju menuju ke kawasan cetek di pesisiran pulau berkenaan sebelum meninggalkan bot dan melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan.

"Hasil pemeriksaan di ruangan bot pam itu berjaya menemui empat jerikin berisi minyak petrol disyaki digunakan dengan tujuan salah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bot pam yang digunakan turut dirampas PPM Semporna.
Bot pam yang digunakan turut dirampas PPM Semporna.

Menurutnya, rampasan kemudian dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

"Petrol sebanyak 120 liter bersama bot dibawa ke pangkalan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,001.60 itu diserahkan ke Balai Polis Bum-Bum untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Polis 1967," katanya.

Terdahulu, Mohammad berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim dan masyarakat pesisir pantai supaya melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di kawasan masing-masing untuk diambil tindakan segera.

"Laporan boleh dibuat secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Bilik Gerakan PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197," katanya.