X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

[VIDEO] BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Kenyataan Kementerian Pengangkutan
A
A

PUTRAJAYA – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan memulakan siasatan berhubung nahas dua helikopter di Taman Melawati, Ampang hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, laporan awal siasatan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.

“Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan juga mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan.

“Dalam hubungan ini, penyiasatan yang dilaksanakan tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami kenal jam arwah pakai'

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Dua maut helikopter bertembung, terhempas

Beliau berkata, siasatan teknikal tersebut adalah berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13).

“Pasukan penyiasat tersebut akan mengeluarkan satu laporan penuh berhubung hasil siasatan termasuk syor penambahbaikan bagi keselamatan penerbangan awam setelah keseluruhan siasatan selesai.

“Dapatan daripada hasil laporan tersebut akan digunakan oleh kerajaan sebagai asas untuk mengemukakan syor-syor penambahbaikan secara holistik terhadap industri penerbangan awam negara,” katanya.

Nahas dua helikopter di Taman Melawati, Ampang hari ini. -Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI
Nahas dua helikopter di Taman Melawati, Ampang hari ini. -Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI

Katanya, kemalangan melibatkan dua buah helikopter (9M-HCA dan 9M-HCB) dari jenis G2CA yang sedang melakukan latihan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bersama empat orang krew.

“Kedua-dua helikopter ini dilaporkan bertembung sesama sendiri di udara di mana sebuah helikopter terhempas dan sebuah lagi berjaya membuat pendaratan cemas di kawasan lapang berdekatan SJKT Taman Melawati.

“Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KL ARCC) telah diaktifkan untuk membantu dalam usaha pengkoordinasian operasi menyelamat ini,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!