Barang keperluan asas di Sabah cukup sepanjang PKPB

Tinjauan yang dijalankan KPDNHEP Sabah hari ini di sekitar Kota Kinabalu.
Tinjauan yang dijalankan KPDNHEP Sabah hari ini di sekitar Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah memberi jaminan bahawa bekalan keperluan asas adalah mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.

Pengarahnya, Georgie Abas berkata, penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa memantau situasi bekalan barangan supaya mencukupi untuk penduduk di negeri itu.

"Pemantauan ini dilakukan oleh 200 pegawai penguat kuasa dan 90 orang Pegawai Pemantau Harga dari lapan pejabat cawangan KPDNHEP seluruh Sabah.

"Pemantauan ini adalah bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Georgie meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang pembelian panik dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika membeli barang keperluan.

Dalam pada itu, Georgie memaklumkan sejak PKPB dilaksanakan pada 13 Oktober lalu, KPDNHEP Sabah mengaktifkan Bilik Gerakan di seluruh cawangan KPDNHEP Sabah untuk menerima sebarang aduan dan pertanyaan khasnya berkaitan dengan bekalan dan harga.

"Bilik Gerakan Pejabat KPDNHEP Sabah di Kota Kinabalu beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 10 malam manakala Bilik Gerakan di Pejabat Cawangan KPDNHEP Sabah beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

"PDNHEP Sabah telah melantik 170 peruncit daerah terpilih Dedicated District Retailers (DDR) dan 89 pemborong daerah terpilih 'Dedicated District Wholesalers (DDW) di seluruh Sabah bagi tujuan pemantauan kedudukan bekalan barangan keperluan asas di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Kedudukan bekalan barang keperluan asas di DDR dan DDW yang dilantik di setiap daerah di Sabah ini akan menjadi penanda aras terhadap bekalan barang keperluan asas di daerah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, KPDNHEP Sabah akan terus menjalankan pemantauan dan memastikan bekalan barang keperluan selain barang kawalan tidak terputus dan dijual pada harga berpatutan.

"Pemeriksaan yang dijalankan ini juga adalah bagi memastikan barang kawalan seperti gula, minyak masak paket satu kilogram dan tepung gandum serba guna satu kilogram dijual pada harga yang ditetapkan kerajaan.

"Sehingga kini, bekalan barangan kawalan adalah mencukupi di semua peringkat pengilang, pemborong dan peruncit di Sabah," katanya.

Terdahulu, Georgie turut mengingatkan semua peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan situasi wabak koronavirus (Covid-19) dan sepanjang tempoh PKPB berkuatkuasa.

Caption

1. Penguat kuasa KPDNHEP Sabah sentiasa melakukan pemantauan barangan keperluan supaya sentiasa mencukupi untuk pengguna di negeri ini.

Tamat