Kerajaan komited dapatkan vaksin Covid-19 suku pertama tahun depan

Dr Adham ketika hadir pada Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2020 di Putrajaya Jumaat lalu.
Dr Adham ketika hadir pada Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2020 di Putrajaya Jumaat lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan terus memberikan yang terbaik dalam usaha mendapatkan vaksin koronavirus (Covid-19) yang dijangka siap selewat-lewatnya pada suku pertama tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan juga menjalin kerjasama dua hala dengan beberapa calon vaksin lain untuk mendapatkan akses kepada vaksin itu selain menyertai pelan peruntukan vaksin Covid-19 global iaitu COVAX.

“Akses kepada vaksin ini mesti selamat, berkesan dan terjamin.

“Oleh itu, diharap dengan ada banyak usaha melalui kerjasama dua hala, akses vaksin dapat diperoleh dan saya menjangkakan suku pertama tahun depan kita dapat vaksin tersebut,” katanya ketika melancarkan Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2020 di Parlimen Jumaat lalu.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengadakan perbincangan dua hala (bilateral) terus dengan beberapa pihak termasuk syarikat farmasi dan pengeluar vaksin seperti Astrazeneka, Sanfil, Sinofarm, Johnson & Johnson.

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan serta kumpulan berisiko tinggi dijangkiti virus itu seperti kanak-kanak dan warga emas apabila vaksin tersebut sudah mula boleh diperoleh di negara ini.

Dr Adham ketika hadir pada Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2020 di Putrajaya Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: