Sambutan Hari Sukan Negara dibatalkan

Kementerian mengumumkan pembatalan Hari Sukan Negara 2020 dibatalkan berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara.
Kementerian mengumumkan pembatalan Hari Sukan Negara 2020 dibatalkan berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara.
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerusi satu kenyataan media hari ini mengumumkan pembatalan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2020 berikutan peningkatan jumlah kes koronavirus (Covid-19) di seluruh negara ketika ini.

Pembatalan HSN 2020 adalah selaras dengan kenyataan media daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 2 Oktober lalu yang menangguhkan HSN berdasarkan peningkatan kes Covid-19, awal Oktober lalu.

Keputusan membatalkan sambutan berkenaan adalah sebagai langkah berjaga–jaga bagi mengelakkan risiko penyebaran pandemik tersebut dalam kalangan masyarakat selain memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

Semua penggiat sukan diingatkan untuk kekal sihat dan aktif serta sentiasa menjaga diri serta mengamalkan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan.

ARTIKEL BERKAITAN: KBS tangguh sambutan Hari Sukan Negara 2020

Artikel Berkaitan: