Helikopter terhempas: Azmin bergegas ke lokasi kejadian

A
A
A

SHAH ALAM – Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa kejadian dua helikopter terhempas di Taman Melawati, Hulu Kelang pagi tadi.

Mohamed Azmin dalam ciapan di Twitternya memaklumkan, beliau bergegas ke lokasi selepas menerima berita mengenai kejadian itu.

“Bergegas meninjau kemalangan yang melibatkan dua buah helikopter di Taman Melawati, Hulu Kelang bersama-sama Ketua Polis Balai Taman Melawati.

“Sedih dan simpati atas kejadian yang telah meragut dua nyawa khususnya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat,” ciapnya sebentar tadi.

Menerusi ciapan itu, Ahli Parlimen Gombak berkenaan turut memuat naik dua foto ketika meninjau kawasan kejadian.

Mohamed Azmin turung padang meninjau lokasi kejadian. (Foto: Twitter Azmin Ali)
Mohamed Azmin turung padang meninjau lokasi kejadian. (Foto: Twitter Azmin Ali)

Dalam pada itu, beliau turut lega kerana kemalangan itu tidak melibatkan kawasan kediaman.

“Turut berlapang dada kerana kemalangan helikopter tersebut tidak melibatkan kawasan kediaman di Taman Melawati, Hulu Kelang,” ciapnya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian melaporkan, dua maut selepas dua helikopter dipercayai bertembung dan terhempas di Taman Melawati, pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.46 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami kenal jam arwah pakai'

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Dua maut helikopter bertembung, terhempas