'Tahniah Biden'

Justin Trudeau antara yang terawal mengucapkan tahniah kepada Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris.
Justin Trudeau antara yang terawal mengucapkan tahniah kepada Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris.
A
A
A

WASHINGTON - Sejak beberapa jam lalu, calon Demokrat, Joe Biden tidak putus-putus menerima ucapan tahniah daripada pemimpin pelbagai negara, selebriti dan orang ramai dari seluruh dunia.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau antara yang terawal mengucapkan tahniah kepada Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris.

"Dua negara kita adalah rakan baik dan sekutu. Kita berkongsi hubungan yang unik di peringkat dunia. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda berdua," katanya menerusi ciapan Twitter.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson juga mengucapkan tahniah dan memuji kejayaan bersejarah yang dicatatkan oleh gabungan Biden-Harris.

"AS adalah antara sekutu kami yang paling penting. Saya mengharapkan kita dapat bekerjasama dalam isu-isu utama seperti perubahan iklim, perdagangan dan keselamatan," katanya.

Putrajaya pagi ini turut tidak ketinggalan mengirimkan ucapan tahniah kepada Biden yang bakal memasuki Rumah Putih Januari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan perkembangan itu, Malaysia berharap dapat menjalin hubungan yang lebih baik dengan AS.

“Malaysia harap dapat memperkukuhkan lagi kerjasama dengan AS di bawah Biden ketika masyarakat antarabangsa berusaha mengatasi banyak cabaran global termasuk kesan buruk daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan:

“Selamat berjaya saya ucapkan kepada Presiden terpilih Biden dalam menjalankan tugas dan berharap dapat bertemu dengannya secara peribadi jika ada peluang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump 'You're fired', Biden kini Presiden AS

Bagaimana Biden tumbangkan Trump

Obama ucap tahniah kepada Biden, Harris