X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 16 Oktober 2021

Gangguan bekalan air berjadual di Sabak Bernam esok

Aplikasi Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja pencucian paip agihan.
A
A

SABAK BERNAM - Sebanyak sembilan kawasan di daerah Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja pencucian paip agihan.

Aplikasi Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan bekalan air sementara dari jam 9.30 pagi hingga jam 5.30 petang itu mengikut jadual kawasan terjejas bermula esok sehingga Jumaat ini.

Menurutnya, sebanyak dua kawasan di Teluk Rhu dijangka terjejas berikutan perlaksanaan kerja-kerja pencucian paip agihan bermula esok.

"Penutupan sementara bekalan air membabitkan pengguna di Jalan Karim Utara dan Jalan Permatang," katanya.

Tambahnya, gangguan sama berlaku di dua kawasan iaitu di Lorong Angkasa dan Jalan Haji Said pada Selasa berikutan kerja-kerja pencucian paip agihan di Kampung Teluk Pulai dan Tebuk Jawa.

Katanya, lima kawasan lagi akan mengalami gangguan pada Rabu, Khamis dan Jumaat ini.

"Dua kawasan terjejas mengalami penutupan bekalan air sementara pada Rabu ialah di Jalan Haji Anuar dan Jalan Wan Mood, manakala pada Khamis pula membabitkan Jalan Lorong Cempaka dan Jalan Karimun.

"Jalan Tepi Kunci Air JPS, Sungai Panjang pula mengalami gangguan bekalan air pada hari Jumaat," katanya.

Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!