Durakovic puji Leandro julang Perak ke suku akhir

Pemain Perak, Raianderson Da Costa (kanan) dikawal pemain Kelantan United FC, Aylton Ferreira pada saingan TM Piala Malaysia 2020 di Stadium Perak, malam ini. Keputusan semasa, Perak mendahului 3-0. - Foto Bernama
Pemain Perak, Raianderson Da Costa (kanan) dikawal pemain Kelantan United FC, Aylton Ferreira pada saingan TM Piala Malaysia 2020 di Stadium Perak, malam ini. Keputusan semasa, Perak mendahului 3-0. - Foto Bernama
A
A
A

PENGENDALI Perak Mehmed Durakovic memuji tonggak import Leandro Dos Santos, yang meledak hatrik bagi membantu Perak membenam Kelantan United 4-0, dalam pusingan pertama Piala Malaysia secara kalah mati di Stadium Perak di sini malam tadi.

Beliau turut berharap tonggak kelahiran Brazil itu akan dapat mengekalkan prestasi sama dalam saingan suku akhir menentang Terengganu nanti.

“Dia pemain yang tidak pernah mengaku kalah sepanjang 90 minit permainan. Tiga gol yang dihasilkan itu sememangnya menggembirakan saya, kerana dia telah lakukan tugasan dengan baik pada malam ini,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Perak di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu, gol pasukan Perak dijaringkan Leandro pada minit ke-7, 21 dan 48 sementara satu lagi jaringan dihasilkan Rai Anderson pada minit ke-90.

Pemain Perak Leandro Dos Santos Oliveira (tengah) meraikan gol jaringannya ketika menentang pasukan Kelantan United FC pada saingan TM Piala Malaysia 2020 di Stadium Perak malam ini.
Keputusan semasa, Perak mendahului 3-0. - Foto Bernama
Pemain Perak Leandro Dos Santos Oliveira (tengah) meraikan gol jaringannya ketika menentang pasukan Kelantan United FC pada saingan TM Piala Malaysia 2020 di Stadium Perak malam ini. Keputusan semasa, Perak mendahului 3-0. - Foto Bernama

Selain itu, Mehmed berkata, kemenangan yang terhasil itu membuktikan kejayaan para pemain mengikuti arahan dan taktikal yang dirancang.

“Kita memberi tekanan kepada pemain Kelantan sepanjang 90 minit permainan. Daripada situ kita dapat kuasai permainan dan pada masa yang sama kita dapat peluang untuk hasilkan gol,” katanya.

Mengulas aksi suku akhir menentang Terengganu, jurulatih kelahiran Australia itu berkata, beliau menghormati kekuatan skuad bimbingan Nafuzi Zain, selain menganggap ia merupakan pertembungan menarik yang ditunggu-tunggu penyokong kedua-dua pasukan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, jurulatih Kelantan United Nazrulerwan Makmor berkata, hilang fokus merupakan sebab utama para pemainnya gagal menandingi corak permainan yang ditampilkan ‘The Bos Gaurus’.

“Gol pertama telah mematikan rentak permainan kami. Saya telah berpesan kepada para pemain, Perak pasukan yang bagus tetapi pemain (kami) seperti hilang fokus,” katanya. - Bernama