Sandiwara Trump dalam pilihan raya AS

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa penipuan undi sedang berlaku dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika proses pengiraan undi masih berlangsung di negara yang sebelum ini berbangga dengan amalan demokrasinya.

Dakwaan Trump yang mewakili parti Republikan itu dibuat pada Khamis lalu ketika undi elektoralnya berada di belakang pencabar rapat beliau yang juga bekas Naib Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat.

Undi elektoral itu penting kerana ia merupakan penentu kemenangan seseorang calon yang bertanding dalam pilihan raya Presiden negara itu.

Sebanyak 270 undi elektoral diperlukan bagi memenangi jawatan tersebut.

Kedudukan semasa Pilihan raya Presiden AS yang menyaksikan Biden kini memperoleh 264 undi elektoral berbanding Trump 214.
Kedudukan semasa Pilihan raya Presiden AS yang menyaksikan Biden kini memperoleh 264 undi elektoral berbanding Trump 214.

Bagaimanapun, sehari selepas pilihan raya itu berlangsung pada 3 November lalu, Trump mendakwa berlaku penipuan undi pada satu sidang akhbar selama kira-kira 15 minit di Rumah Putih, Washington D.C tanpa disertakan dengan sebarang bukti.

Kenyataan itu juga menyebabkan kira-kira tujuh buah stesen televisyen di AS terus menghentikan siaran langsung tersebut tidak lama selepas sidang akhbar tersebut bermula.

Malah, sejumlah stesen televisyen menyanggah kenyataan Trump sehingga ada kenyataan ringkas di skrin televisyen yang melaporkan bahawa Presiden AS itu membuat kenyataan yang silap apabila mendakwa berlaku penipuan undi dalam pilihan raya tersebut.

Artikel Berkaitan:

Penyokong Trump mengadakan bantahan di Los Angeles, California. - EPA
Penyokong Trump mengadakan bantahan di Los Angeles, California. - EPA

Beberapa wakil rakyat kanan Republikan di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat AS itu dilaporkan menyokong dakwaan Trump tetapi ada juga anggota parti tersebut yang tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.

Kenyataan itu turut mendapat perhatian daripada Organisasi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) yang menjadi pemerhati pilihan raya di Barat dan bekas-bekas negara Kesatuan Soviet.

Dakwaan penipuan Organisasi itu yang dijemput menjadi pemerhati dalam pilihan raya Presiden AS pada tahun ini dilaporkan berkata oleh portal berita Business Insider bahawa: “Dakwaan tidak berasas tentang kelemahan sistematik terutamanya oleh Presiden yang mempertahankan jawatan telah merosakkan keyakinan rakyat terhadap institusi demokratik.”

Ia juga membuat kesimpulan bahawa pilihan raya itu diadakan dengan ‘kompetitif dan diuruskan dengan baik’ walaupun terdapat cabaran disebabkan oleh pandemik koronavirus (Covid-19).

Ia bukan kali pertama Trump mendakwa penipuan undi berlaku dalam sistem pemilihan Presiden negara itu.

Presiden AS itu sebelum ini turut mempersoalkan tentang keraguannya dengan undi pos yang mampu menyebabkan berlakunya penipuan undi dengan meluas sebelum pilihan raya Presiden itu bermula.

Pada hal, secara realitinya, penipuan undi terlalu jarang berlaku di negara itu dan menurut satu kajian daripada Pusat Keadilan Brennan, kadar keseluruhan penipuan pengundian di AS adalah kurang daripada 0.0009 peratus.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan AS, Ellen Weintraub pernah berkata, bahawa tiada asas bahawa undi pos boleh membawa kepada penipuan undi.

Sebenarnya, penipuan undi yang dibangkitkan oleh Trump itu pernah diperkatakannya ketika beliau masih menjadi calon Presiden AS untuk pemilihan awal parti Republikan pada tahun 2016.

Ketika itu Trump mendakwa pihak media berat sebelah terhadap dirinya dan minda pengundi telah diracuni selain memberi amaran kepada para penyokongya supaya mengawasi pusat-pusat pengundian.

Hakim Justeru, seorang lelaki dalam kem Trump dilaporkan oleh akhbar Boston Globe sebagai berkata, beliau telah mengikut nasihat Trump pergi ke pusat pengundian dan mencari pengundi yang tidak bercakap dalam bahasa Inggeris Amerika dan membuatkannya berasa gementar.

Ketika itu, Trump dikatakan menjadi calon Presiden AS daripada sebuah parti utama yang membuat dakwaan berlakunya penipuan undi dalam pemilihan awal Presiden negara itu secara sistematik.

Pada tahun itu juga, beliau berjaya menjadi Presiden negara itu buat kali pertama apabila berjaya memperoleh undi elektoral sebanyak 304 sekali gus menewaskan bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton daripada parti Demokrat dengan memperoleh 227 undi elektoral.

Dalam pada itu, Trump turut meminta pengiraan undi dihentikan menerusi Twitter setelah membuat kenyataan yang mendakwa parti Demokrat ‘mencuri’ dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020 daripadanya.

Joe Biden
Joe Biden

Usaha itu dibuat ketika beliau ketinggalan di belakang Biden dari segi pengiraan undi elektoral dan Trump dilaporkan membuat tuntutan undang-undang supaya negeri Pennsylvania dan Michigan menghentikan pengiraan undi.

Bagaimanapun, seorang hakim sebuah mahkamah di Philadelphia, Pennsylvania enggan mengikut kemahuan Trump.

Sementara itu, Michigan pula berjaya melakukan pengiraan undi dengan kemenangan berpihak kepada Biden.

Penyokong Biden pula menaikkan sepanduk Trump/Pence #outnow selepas Biden kini mendahului dalam perlumbaan ke Rumah Putih. - EPA
Penyokong Biden pula menaikkan sepanduk Trump/Pence #outnow selepas Biden kini mendahului dalam perlumbaan ke Rumah Putih. - EPA

Dalam pilihan raya Presiden kali ini, Biden, 77, juga mencipta sejarah apabila menjadi Presiden AS pertama memperoleh 74 juta undi popular mengatasi Barack Obama yang memperoleh 69.5 juta undi pada tahun 2009 manakala Trump pula dilaporkan mendapat kira-kira 70 juta undi pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, sejumlah penyokong Trump dilaporkan berkumpul dengan sebahagiannya membawa senjata ketika kiraan undi popular dilaporkan sama manakala para penyokong Biden pula meminta pengiraan undi diteruskan sehingga selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump 'You're fired', Biden kini Presiden AS

Obama ucap tahniah kepada Biden, Harris

Bagaimana Biden tumbangkan Trump