PKPB: Terengganu akan kemas kini SOP ikut situasi semasa

 Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Rakyat negeri ini diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan bermula Isnin ini sehingga 6 Disember depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, garis panduan atau SOP adalah mengikut arahan sedia ada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan dikemas kini berdasarkan situasi semasa.

"Kerajaan negeri akan melaksanakan PKPB selama empat minggu bermula 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020 di seluruh Terengganu.

"Penguatkuasaan ini berdasarkan arahan MKN dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

"Justeru, rakyat dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada kerajaan negeri dan MKN," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hari ini, MKN memutuskan supaya PKPB dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sidang khas MKN pagi tadi mengambil keputusan sedemikian sebagai tindakan memperketatkan lagi SOP dan segera bagi membendung penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Artikel Berkaitan: