‘Kalau menang alhamdulillah’

Penyertaan Suaibatul Aslmiah dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku sebagai tanda sokongan kepada akhbar ini.
Penyertaan Suaibatul Aslmiah dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku sebagai tanda sokongan kepada akhbar ini.
A
A
A

KUANTAN- Hadiah lumayan yang ditawarkan dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku membuatkan seorang suri rumah tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama menghantar penyertaan.

Suaibatul Aslmiah Abu Bakar, 46, berkata, setelah mengetahui mengenai peraduan itu, dia terlintas untuk menyertai sebagai tanda sokongan kepada Sinar Harian.

“Ini kali pertama saya sertai peraduan anjuran Sinar Harian. Penyertaan ini sekadar mencuba nasib. Kalau kita tidak cuba kita tidak tahu rezeki ada atau pun tidak.

“Kalau menang alhamdulillah, tapi niat saya saja seronok hendak isi masa lapang terutama pada waktu malam menjawab soalan dan teka gambar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, peraduan tersebut begitu menarik, mencabar minda dan menguji akal peserta untuk mencipta slogan yang kreatif.

Justeru, katanya, dia berusaha untuk mencari jawapan tepat bagi setiap soalan yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian dengan penuh teliti.

“Peraduan ini bukan sekadar menguji minda tetapi melalui peraduan ini peserta juga dapat mengetahui kewujudan lokasi menarik di Malaysia yang sebelum ini tidak pernah diketahui.

“Jadi, saya boleh menambah ilmu bahawa negara kita juga mempunyai banyak lokasi yang menarik boleh dilawati oleh masyarakat di negara ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Suaibatul Aslmiah berkata, dia melihat Sinar Harian berlainan dengan akhbar lain dari segi pengisian yang tidak berat sebelah dan bahan beritanya menyeluruh.

“Disebabkan itu Sinar Harian mampu bertahan dan diharapkan terus telus dan jujur dalam menyalurkan maklumat.

“Saya doakan semoga akhbar Sinar Harian ini akan sentiasa menyajikan berita-berita benar dan menarik buat rakyat Malaysia setiap hari,” katanya.