Kes Covid-19 di Sabah kini 19,898

Sebanyak 616 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 19,898 kes di negeri itu.
Sebanyak 616 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 19,898 kes di negeri itu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sabah kekal mencatat kes baharu positif koronavirus (Covid-19) tertinggi di seluruh negara hari ini iaitu sebanyak 616 kes, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 19,898 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu yang dicatat hari ini, sebanyak 214 kes atau 34.7 peratus berpunca daripada tiga kluster di Sabah.

"Sebanyak 214 kes adalah berpunca daripada Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Kluster Penjara Sandakan dan Kluster Penjara Kepayan, manakala selebihnya iaitu 402 kes adalah daripada lain-lain kategori," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Masidi Manjun
Masidi Manjun

Beliau dalam pada itu memaklumkan bahawa Tawau merekod kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 183 kes, diikuti Sandakan (150), Kota Kinabalu (129), Lahad Datu (39), Tuaran (34) dan Penampang (21).

"Keningau pula mencatat 16 kes, manakala Papar dan Semporna masing-masing mencatat 13 kes; Putatan dan Kudat catat empat kes, Tambunan (3), Kota Marudu, Kunak dan Tongod masing-masing dua kes dan Telupid catat satu kes.

"Kota Marudu telah berubah dari zon jingga kepada zon merah manakala Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning pada hari ini," katanya.

Terdahulu, beliau turut memaklumkan, Sabah hari ini terdapat satu kluster baharu di Lahad Datu iaitu Kluster Softwood mencatatkan sebanyak 14 kes.

Artikel Berkaitan: