Covid-19: Semua institusi pendidikan di Perak ditutup

Sebanyak 209 institusi pendidikan di daerah Kuching, Sarawak yang telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan, akan ditutup bermula esok sehingga 13 November ini.
Sebanyak 209 institusi pendidikan di daerah Kuching, Sarawak yang telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan, akan ditutup bermula esok sehingga 13 November ini.
A
A
A

IPOH - Seluruh institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Perak akan ditutup selama empat minggu bermula Isnin ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, penutupan itu dibuat sehingga 6 Disember depan selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah diisytiharkan berkuatkuasa ke seluruh negeri kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang.

"Diharap semua guru, pelajar dan ibu bapa dapat mematuhi arahan ini. Sama-samalah kita memainkan peranan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ini sepanjang PKPB ini dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semua pihak khususnya guru dan pelajar disaran berusaha menyesuaikan diri dengan normal baharu berikutan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang tertangguh.

"Berikutan virus Covid-19 ini telah berada dalam komuniti kita, saya berharap semua pihak saling berganding bahu menjaga SOP dari masa ke masa sebagai usaha mengekang penularan wabak sekaligus membantu barisan hadapan negara untuk memutuskan rantaian jangkitan," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam satu kenyataan turut memaklumkan, semua institusi pendidikan agama yang berdaftar di bawah jabatan itu ditutup sepanjang tempoh PKPB berkuatkuasa.

Artikel Berkaitan: