PKPB di Kuching mulai 9 November ini

Amar Douglas Uggah Embas
Amar Douglas Uggah Embas
A
A
A

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kuching selama 14 hari bermula 9 November ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, berkata, keputusan itu diambil selepas menilai situasi dengan mengambil kira kes jangkitan tempatan terkumpul yang direkodkan di daerah tersebut iaitu sebanyak 151 kes dalam tempoh 14 hari lepas.

“Pergerakan rentas daerah dalam negeri dibenarkan kecuali keluar dan masuk ke daerah Kuching. Prosedur operasi standard (SOP) akan dikeluarkan esok.

“Pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini. - Bernama.

Artikel Berkaitan: