Covid-19: 1,168 kes baharu, 1,029 kes pulih hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Jumlah kes sembuh wabak koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam di negara ini mencatat angka tertinggi setakat ini iaitu 1,029 individu, menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 27,409 kes.

Kes baharu Covid-19 pula kekal empat angka, namun menurun sedikit dengan 1,168 kes sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 11,666 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu hari ini adalah penularan dalam negara dan tiada kes import dilaporkan.

“Sabah terus mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 616 kes, Selangor mencatat 247 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (104), Negeri Sembilan (68), Perak (37) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (28).

“Sarawak dengan 25 kes, Pulau Pinang (18), Kedah (15), Johor (lima), Terengganu (tiga) dan Melaka dengan dua kes,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat tiga lagi kematian baharu akibat wabak itu menjadikan jumlah keseluruhan maut, 282 kes.

Katanya, semua kes maut itu melibatkan warga negara yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

“Kematian ke-280 adalah wanita, 51 tahun dengan latar belakang penyakit darah tinggi, obesiti dan dislipidemia, kematian ke-281 juga wanita berusia 62 tahun dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia, manakala kematian ke-282, lelaki berumur 55 tahun dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sehingga kini, terdapat 87 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. -Bernama

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia

Posted by Sinar Harian on Saturday, November 7, 2020