Mayat wanita ditemukan dalam semak

Seorang wanita berumur lingkungan 40-an disyaki mati dibunuh dijumpai dalam semak berhampiran sebuah kawasan perumahan di Yong Peng dekat sini semalam.Gambar hiasan.
Seorang wanita berumur lingkungan 40-an disyaki mati dibunuh dijumpai dalam semak berhampiran sebuah kawasan perumahan di Yong Peng dekat sini semalam.Gambar hiasan.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang wanita berumur lingkungan 40-an disyaki mati dibunuh dijumpai dalam semak berhampiran sebuah kawasan perumahan di Yong Peng dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, anggota Balai Polis Yong Peng menerima maklumat berkaitan penemuan mayat berkenaan kira-kira jam 8 pagi daripada orang awam.

Beliau berkata, sejurus menerima laporan berkenaan, sepasukan polis bersama Pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan K9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut masih dilakukan dan kes ini mempunyai unsur-unsur jenayah, ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: