SMU (A) Azhariah pilihan terbaik pengajian menengah

SMUA Azhariah sentiasa mengadakan program kecemerlangan dan seminar membantu serta memantapkan pelajar menduduki peperiksaan penting seperti SMU,SPM serta STAM. Gambar kecil: Muzafar Ramli
SMUA Azhariah sentiasa mengadakan program kecemerlangan dan seminar membantu serta memantapkan pelajar menduduki peperiksaan penting seperti SMU,SPM serta STAM. Gambar kecil: Muzafar Ramli
A
A
A

KOTA BHARU - Prestasi cemerlang dalam peperiksaan terutamanya di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selain sering menerima anugerah kecemerlangan menjadikan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Azhariah, Melor antara pilihan terbaik untuk pengajian peringkat menengah.

Pengetuanya, Muzafar Ramli berkata, bagi peperiksaan STAM dua tahun lalu, salah seorang pelajarnya telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar STAM Terbaik 2018 selain sekolahnya berada di ranking kedua bagi seluruh negeri Kelantan kategori SMUA.

Menurutnya, kecemerlangan itu diteruskan bagi peperiksaan STAM 2019 apabila pelajar daripada SMUA Azhariah sekali lagi dinobatkan selaku penerima Anugerah Pelajar Terbaik STAM sekaligus mencipta kejayaan membanggakan bagi pihak sekolah sejak ditubuhkan pada tahun 1987.

“Justeru kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Tingkatan Satu boleh berbuat demikian dengan menghubungi pejabat kami menerusi talian 09-7831127 dan pendaftaran telah pun dibuka sejak 25 Oktober lalu.

"Pendaftaran ke Tingkatan Satu juga terbuka kepada murid-murid tamat tahun enam pada sesi 2020 yang boleh menulis dan membaca," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Muzafar turut memaklumkan SMUA Azhariah bukan sahaja menjadi pilihan ibu bapa dari dalam negeri dan luar negeri bahkan terdapat juga pelajar dari Indonesia, Thailand, Kemboja dan China yang melanjutkan pengajian mereka di sini.

"Selain itu kita turut memberi peluang kepada mereka yang ingin menduduki peperiksaan STAM untuk melanjutkan persekolahan ke Tingkatan Enam di SMUA Azhariah.

"Matlamat pendidikan kami di SMUA Azhariah adalah untuk melahirkan Muslim beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak untuk membangunkan keluarga, masyarakat, negara serta ummah," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

SMUA Azhariah terletak di laluan utama Kota Bharu-Pasir Puteh dan berhampiran Masjid Mahmudi Melor yang juga merupakan kawasan strategik perkembangan ilmu.