Yayasan Bank Rakyat bantu Nur A'afiyah

Mohd Fauzi (kiri), Mohamad Ghazali (dua dari kiri) menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Hassan (dua dari kanan) bagi pihak anaknya Nur A'afiyah.
Mohd Fauzi (kiri), Mohamad Ghazali (dua dari kiri) menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Hassan (dua dari kanan) bagi pihak anaknya Nur A'afiyah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Nasib seorang bayi perempuan, Nur A'afiyah Muhammad Hassan yang mengalami komplikasi kesihatan sejak lahir mendapat perhatian Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang tampil menghulurkan bantuan barangan perubatan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh keluarganya.

Pemangku Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil berkata, pihaknya berasa terpanggil untuk membantu Nur A'afiyah yang berusia lima bulan selepas menerima permohonan bantuan daripada bapanya, Muhammad Hassan kepada Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

“Nur A'afiyah yang tinggal bersama ibu bapanya di Sungai Penchala mengalami komplikasi kesihatan sejak lahir di mana terpaksa menggunakan 'stoma beg' untuk membuang air besar serta memerlukan susu khas untuk meneruskan kehidupan.

Nur A'afiyah mengalami komplikasi kesihatan sejak lahir.
Nur A'afiyah mengalami komplikasi kesihatan sejak lahir.

“Bapanya seorang pemandu van dan ibunya seorang suri rumah turut terkesan dengan kekangan perbelanjaan dan kekurangan pendapatan disebabkan impak dari pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda negara kini,” katanya ketika menyantuni keluarga berkenaan di rumahnya semalam.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengurus Jabatan Perhubungan Komuniti dan Penjenamaan Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi berkata, bantuan berupa 'stoma beg' bernilai RM3,289 diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan yang kini ditanggung oleh keluarga adik Nur A'afiyah.

“Sehingga November tahun ini, YBR telah memperuntukkan hampir RM200,000 untuk tujuan sumbangan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Artikel Berkaitan:

“Sumbangan ini adalah bertujuan dalam meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 165125108616 atas nama Muhammad Hassan Kamil atau menghubunginya di talian 018-240 6884.