Rumah, kereta rosak dilanda ribut

Angin kuat serta hujan lebat di lokasi tersebut menyebabkan pokok serta tiang elektrik tumbang. Gambar hiasan
Angin kuat serta hujan lebat di lokasi tersebut menyebabkan pokok serta tiang elektrik tumbang. Gambar hiasan
A
A
A

LANGKAWI - Sebanyak 17 rumah dan 15 kereta rosak dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Yooi di sini tengah hari tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira jam 12.40 tengah hari sebelum sepasukan dengan kekuatan 10 anggota dikerah ke kampung terbabit.

“Angin kuat serta hujan lebat di lokasi tersebut menyebabkan pokok serta tiang elektrik tumbang. Pokok tumbang pula telah menghempap rumah, kereta serta menghalang laluan Jalan Kampung Yooi.

“Kejadian turut melibatkan kerosakan seperti bumbung rumah diterbangkan angin. Setakat ini, sejumlah 17 buah rumah, 15 kereta serta tiga buah rumah kedai terjejas akibat kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, APM Daerah Langkawi dengan kerjasama pelbagai agensi sedang mengalih serta membersihkan pokok tumbang di sekitar kampung berkenaan.

"Kami juga sedang mengumpul maklumat terperinci kerosakan yang berlaku akibat kejadian itu, maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: