X

Kindly register in order to view this article
!

Di mana Belanjawan Perpaduan?

Chan Foong Hin
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin mempersoalkan di mana Belanjawan Perpaduan yang sepatutnya diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam.

Beliau berkata, Belanjawan 2021 sepatutnya dilihat sebagai Belanjawan Perpaduan yang merentasi parti kerajaan dan pembangkang.

"Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan harapan kematangan berpolitik disemarakkan demi keselamatan dan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat bencana wabak koronavirus (Covid-19).

"Namun Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), agensi propaganda parti pemerintah yang sering menyerang parti pembangkang bukan sahaja dihidupkan semula malah peruntukan dilipat gandakan lagi," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), sebanyak RM30 juta diperuntukkan pada 2018.

"Pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) ia dimansuhkan demi mewujudkan suasana politik matang. Namun, JASA versi Perikatan Nasional (PN) diberi peruntukan sebanyak RM85.5 juta pada 2021.

"Bagaimana kita boleh menyokong belanjawan yang menyerang pembangkang secara habis-habisan?" katanya.

Katanya, perkara itu seperti membelakangi semangat persefahaman antara dua pihak atau bipartisanship.

"Ia membelakangi hasrat rakyat dan Yang di-Pertuan Agong yang menyeru mengenepikan perbezaan dan kepentingan parti atau peribadi demi kelangsungan negara di saat genting wabak Covid-19," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!