Tiada petunjuk, operasi cari lelaki dikhuatiri lemas dihentikan

Laporan Sinar Harian mengenai seorang lelaki dipercayai dihanyutkan arus deras di Jalan Rasah, Taman Happy pada 3 November.
Laporan Sinar Harian mengenai seorang lelaki dipercayai dihanyutkan arus deras di Jalan Rasah, Taman Happy pada 3 November.
A
A
A

SEREMBAN - Operasi pencarian seorang lelaki yang dikhuatiri lemas dibawa arus banjir kilat di Jalan Rasah, Taman Happy di sini dalam kejadian Selasa lalu terpaksa dihentikan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata, keputusan itu dibuat selepas operasi pada hari ketiga semalam yang berakhir jam 5.30 petang tidak menemui sebarang petunjuk.

"Setelah berbincang dengan pihak polis kami buat keputusan untuk menghentikan operasi kerana tidak menemui apa-apa petunjuk dan tiada juga laporan polis berkenaan orang hilang," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir kilat: Lelaki hilang dihanyutkan arus deras

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang lelaki hilang dipercayai dihanyutkan arus banjir kilat deras di Jalan Rasah, Taman Happy di sini akibat hujan lebat sejak jam 12.30 malam pada 3 November.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Bomba berjaya menyelamat 20 mangsa dan seorang lelaki dipercayai telah dihanyutkan arus deras," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian semalam berkata, sehingga jam 1 tengah hari, tiada sebarang laporan polis diterima berkenaan orang hilang.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 'Belum ada petunjuk kes lelaki dibawa arus banjir'