Biden belum sedia umum kemenangan

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A
WASHINGTON - Calon presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata, belum bersedia mengumumkan kemenangannya pada pilihan raya AS 2020 namun, yakin akan memenangi pertarungan itu, mungkin dengan lebih 300 undi elektoral, lapor Agensi Sputnik.

"Kami belum mempunyai pengisytiharan rasmi kemenangan. Tetapi keputusan yang ada setakat ini jelas dan meyakinkan: kami akan memenangi perlumbaan ini," kata Biden dalam ucapannya.

Calon Demokrat itu berkata, kemenangan diperoleh di Arizona, Georgia, Pennsylvania dan Nevada.

"Kami berada di landasan kukuh untuk memperoleh lebih 300 undi elektoral," tambahnya.

Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 270 undi elektoral untuk memenangi pilihan raya presiden. - Bernama
Artikel Berkaitan: