Belanjawan 2021: Tumpu isu pulihkan ekonomi

Nordin Abdul Malek
Nordin Abdul Malek
A
A
A

IPOH - Gabungan Institut Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera Malaysia menyarankan Belanjawan 2021 supaya menumpukan beberapa isu dalam memulihkan ekonomi dalam negara yang berhadapan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pengerusinya, Nordin Abdul Malek berkata, kerajaan perlu menumpukan untuk galakkan perbelanjaan yang lebih proaktif sama ada perbelanjaan kerajaan dan kuasa beli rakyat.

Menurutnya, kecairan ekonomi perlu berlaku supaya usahawan mendapat akses pemasaran dan perniagaan domestik yang membantu merangsang ekonomi.

“Contohnya pakej rangsangan pelancongan melalui kupon melancong percuma kepada badan bukan kerajaan (NGO) sebagai subsidi untuk menggerakkan sektor pelancongan domestik terutama luar bandar.

“Sektor tenaga kerja kritikal seperti perladangan memerlukan lebih banyak insentif bagi galakan rakyat menyertai sektor itu berikutan perladangan kerugian lebih RM10 bilion sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan,” katanya.

Nordin berkata, kerajaan juga perlu memastikan belanjawan itu dilaksanakan secara cepat, cekap dan berkesan.

“Ia berikutan impak Covid-19 telah memberikan kesan negatif kepada ekonomi secara mengejut dan serta-merta.

“‘Engagement’ dengan ‘stake holder‘ perlu diteruskan dalam pasca Belanjawan 2021 untuk memantau penyaluran peruntukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: