Pesawat pengintip AS di ruang udara Colombia

Pesawat pengangkut C17A Globemaster milik tentera udara AS didakwa mendarat di lapangan terbang tentera di pinggir Bogota pada Rabu lalu.
Pesawat pengangkut C17A Globemaster milik tentera udara AS didakwa mendarat di lapangan terbang tentera di pinggir Bogota pada Rabu lalu.
A
A
A

BOGOTA - COLOMBIA. Sebuah pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) dikesan berada di ruang udara Colombia, minggu ini.

Pesawat tentera berkenaan didakwa digunakan bagi memintas komunikasi dari Venezuela yang terjerumus dalam krisis politik.

Washington sebelum ini tidak lagi menganggap Presiden Nicolas Maduro sebagai pemimpin Venezuela sebaliknya mengiktiraf ketua pembangkang, Juan Guaido sebagai presiden sementara negara Amerika Selatan itu.

Sementara itu, stesen radio tempatan, The FM melaporkan beberapa pesawat milik AS termasuk pesawat pengangkut C17A Globemaster telah mendarat di lapangan terbang tentera di pinggir Bogota pada Rabu.

Pesawat terbabit mendarat pada jam tiga petang (waktu tempatan) dari markas udara Dover di Delaware sebelum berlepas empat jam kemudian.

Laporan itu disiarkan tidak lama selepas gambar Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, John Bolton memegang pad nota kuning dengan tulisan '5,000 tentera ke Colombia' tular di media sosial.

Nota tersebut dilihat semasa Bolton mengumumkan sekatan terbaharu ke atas Venezuela di Rumah Putih pada Isnin lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: