Pendapatan 150,000 pekebun kecil getah dapat distabilkan

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ditingkatkan satu kali ganda iaitu daripada RM150 juta kepada RM300 juta dalam Belanjawan 2021. - Foto FB Dr Khairuddin at-Takiri
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ditingkatkan satu kali ganda iaitu daripada RM150 juta kepada RM300 juta dalam Belanjawan 2021. - Foto FB Dr Khairuddin at-Takiri
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi memastikan sektor komoditi negara kembali pulih, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ditingkatkan satu kali ganda iaitu daripada RM150 juta kepada RM300 juta dalam Belanjawan 2021.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dengan kenaikan itu, pendapatan sebanyak 150,000 pekebun kecil getah persendirian daripada keseluruhan 450,000 dapat distabilkan dan memberikan kelegaan kepada mereka.

Pada masa sama, katanya, program pemilikan sijil Minyak Sawit Mampan juga turut diberi peruntukan sebanyak RM20 juta.

“Ini bertujuan memastikan kualiti minyak sawit Malaysia terus dipertingkatkan serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Saya juga akan memastikan insentif pengeluaran lateks sebanyak RM16 juta secara padanan yang bakal dimulakan di Koridor Lateks Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan dimaksimumkan pelaksanaannya.

“Bagi bidang kayu-kayan pula, saya menyambut baik pembukaan kawasan perindustrian perabot di Pagoh bagi merancakkan industri perkayuan dan menambah peluang pekerjaan yang bakal menjadi lembaran baru sektor ini di selatan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Khairuddin berkata, sebanyak RM500 juta bagi program Pinjaman Pembangunan Ladang Hutan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RM12) turut disediakan.

“Ini bertujuan untuk pembangunan ladang hutan berkeluasan empat hektar ke atas.

Artikel Berkaitan:

“Malah ia menggalakkan lagi usaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyediakan bekalan mentah kayu-kayan khususnya bagi industri baharu seperti buluh, eucalyptus dan kayu karas ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021: Insentif pengeluaran getah RM300 juta