Kerajaan beri tumpuan kebajikan warga PDRM

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan terus memberi tumpuan terhadap kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pesara pasukan itu menerusi beberapa insentif diumumkan dalam Belanjawan 2021 hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia dilakukan meskipun kerajaan berhadapan cabaran besar menangani wabak koronavirus (Covid-19).

“Dalam keadaan getir menangani ancaman Covid-19 ini, saya bersyukur dengan beberapa pemberian kerajaan kepada PDRM dan pesara-pesara dalam Belanjawan 2021 ini.

“Saya amat memahami kekangan kewangan yang sedang dihadapi kerajaan,” katanya.

Antara pengumuman oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 ialah pemberian ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara.

Warga PDRM dan pesara pasukan itu turut akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM600 dan RM300 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen. - Bernama

Artikel Berkaitan: