Rizab antarabangsa BNM AS$104.6 bilion

Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.6 bilion pada 30 Oktober 2020.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$97.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR; AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).

Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM434.85 bilion; kertas kerajaan Malaysia (RM10.98 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM6.67 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM17.32 bilion); tanah dan bangunan (RM4.16 bilion); dan aset-aset lain (RM13.13 bilion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM167.28 bilion); mata wang dalam edaran (RM128.12 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM142.04 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM8.37 bilion) dan deposit-deposit lain (RM12.86 bilion); kertas Bank Negara (RM14.92 bilion); peruntukan SDR (RM7.85 bilion); dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.55 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan: