Najib sambut baik kerajaan sedia insentif program perantisan

Tangkap layar Facebook Najib hari ini.
Tangkap layar Facebook Najib hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut baik Belanjawan 2021 yang menyediakan insentif kepada mana-mana majikan swasta yang mengambil graduan universiti untuk menyertai program perantisan.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata, usaha itu sangat dipuji bagi menggalakkan majikan swasta terus melatih graduan dalam sektor pekerjaan.

“Ini bagus. Majikan akan diberi insentif bulanan RM1,000 untuk setiap graduan baharu yang mereka ambil bekerja selama tiga bulan untuk latihan amali,” katanya di laman Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Di bawah Pembangunan Belia dan Sukan, kerajaan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.

Program itu dijangka memanfaatkan sehingga 50,000 graduan baharu dengan peruntukan RM250 juta.

Malah sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut.

Sementara itu, Najib turut menyambut baik langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menambah kadar elaun bulanan kepada komuniti nelayan yang pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah, elaun bulanan untuk nelayan akhirnya dipulihkan ke RM300 seperti masa BN setelah dipotong Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Ini bagus! Majikan akan diberi insentif bulanan RM1,000 untuk setiap graduan baru yang mereka ambil bekerja selama...

Posted by Najib Razak on Friday, November 6, 2020