Pembangkang dakwa Jasa dihidupkan semula

Syed Saddiqt, Hannah Yeoh dan Young Syefura
Syed Saddiqt, Hannah Yeoh dan Young Syefura
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen blok pembangkang menaikkan kenyataan Twitter yang mendakwa Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) kini dihidupkan semula oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermula tahun hadapan.

Sinar Harian mengenal pasti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengemukakan dakwaan itu susulan pembentangan Belanjawan 2021 selesai diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, petang tadi.

Berdasarkan jumlah anggaran perbelanjaan persekutuan, terdapat dua peruntukan disalurkan untuk unit di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Kewangan.

Berdasarkan laporan media tempatan, Malaysiakini, peruntukan untuk menghidupkan kembali Jasa yang sejak dahulu dikenali sebagai unit propaganda kerajaan, dianggarkan berjumlah RM85.5 juta.

Syed Saddiq menerusi ciapan Twitter menempelak sejumlah peruntukan begitu besar diberikan kepada Jasa dengan menyifatkannya lebih besar daripada peruntukan RM30 juta di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Malangnya, peruntukan baik pulih sekolah daif dikurangkan RM58 juta. Peruntukkan kesihatan mental hanya RM24 juta.

"Bersiap sedialah untuk dihujani 'CytrosSmiling face with open mouth and tightly-closed eyes'," katanya melalui laman Twitter semalam.

Artikel Berkaitan: