Vaksin Covid-19 bukan merawat tetapi untuk cegah jangkitan

Vaksin Covid-19 yang dijangka mula diperoleh pada suku pertama tahun hadapan, bukan untuk merawat jangkitan tetapi untuk mencegah atau melindungi diri daripada terkena penyakit berjangkit itu. Foto 123RF
Vaksin Covid-19 yang dijangka mula diperoleh pada suku pertama tahun hadapan, bukan untuk merawat jangkitan tetapi untuk mencegah atau melindungi diri daripada terkena penyakit berjangkit itu. Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Vaksin koronavirus (Covid-19) yang dijangka mula diperoleh pada suku pertama tahun hadapan, bukan untuk merawat jangkitan tetapi untuk mencegah atau melindungi diri daripada terkena penyakit berjangkit itu.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, apabila vaksin itu disuntik ke dalam tubuh manusia, ia akan membantu meningkatkan imuniti sistem badan bagi melawan penyakit.

“Oleh itu, petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat akan diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin itu kerana mereka adalah individu yang paling dekat, terdedah, serta mempunyai risiko tinggi, ketika berhadapan dengan pesakit positif Covid-19.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lepas telah memaklumkan bahawa setiap negara akan memperoleh vaksin itu tanpa mengira status negara maju atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan untuk Tabung Covid-19 MMA Sabah di Bangunan MMA di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila vaksin itu diperoleh kelak, harganya pasti mahal dan bukan semua mampu membelinya, justeru ia bergantung kepada peruntukan kerajaan dalam memastikan semua rakyat mendapat vaksin itu.

Pada majlis itu, Loob Holding Sdn Bhd, yang terkenal dengan jenama utamanya Tealive, menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada MMA untuk Tabung Covid-19 MMA Sabah, bagi membantu petugas barisan hadapan dari segi keperluan perubatan di negeri itu.

Sehingga kini, MMA telah menerima sejumlah RM4.5 juta sumbangan berbentuk peralatan perubatan dan wang tunai untuk Tabung Covid-19 MMA Sabah dan daripada jumlah itu, RM3.5 juta telah disalurkan untuk kegunaan di Sabah ketika ini.

Artikel Berkaitan: