Kakitangan MPS positif Covid-19

Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor
Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor
A
A
A

SELAYANG - Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dilaporkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.

Identiti kakitangan tersebut tidak didedahkan namun difahamkan kakitangan itu bukan petugas yang bekerja di kaunter yang melibatkan urusan dengan orang awam.

Kakitangan itu juga dikatakan bekerja dari rumah secara berkala sejak 22 Oktober lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, pengesanan tersebut diperoleh menerusi hasil ujian swab berkala yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Susulan itu katanya, operasi MPS ditutup pada hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja disinfeksi dan pencegahan.

"Pihak KKM juga sedang menjalankan pengesanan kontak rapat dan mereka yang terlibat telah diarahkan untuk menjalani ujian swab selain arahan kuarantin di rumah sehingga keputusan saringan diperoleh.

"Orang awam dinasihatkan agar tidak panik dan memastikan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mengamalkan penjarakan fizikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang awam boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan di 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700 atau layari http://covid-19.moh.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Covid-19.

Artikel Berkaitan: