Perbelanjaan 2021 terbesar dalam sejarah

Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbelanjaan kerajaan berjumlah RM322.5 bilion pada tahun hadapan adalah terbesar dalam sejarah.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan bercadang untuk memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19.

"Sementara sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi simpanan luar jangka. Mengambil kira anggaran ini, defisit fiskal 2021 diunjur pada kadar 5.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Kesan wabak Covid-19 akan terus dirasai pada tahun hadapan apabila kutipan hasil kerajaan bagi tahun 2021 dijangka meningkat kepada RM236.9 bilion," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun kerajaan memutuskan supaya Belanjawan 2021 adalah belanjawan yang mengembang atau 'expansionary'.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata, walaupun dalam keadaan hasil yang kurang, kerajaan tidak akan berkompromi bagi melindungi nyawa dan kehidupan dalam memerangi Covid-19.

"Maka, jumlah perbelanjaan keseluruhan tahun 2020 dianggar sebanyak RM314.7 bilion iaitu meningkat RM17.7 bilion berbanding unjuran asal," katanya.

Artikel Berkaitan: