RM2.7 billion untuk projek tambah baik infrastruktur luar bandar

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini. -Foto Bernama
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM2.7 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program dan projek penambahbaikan infrastruktur di luar bandar.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia adalah antara usaha kerajaan bagi mengurangkan jurang perbezaan pembangunan bandar dan luar bandar.

Menurutnya, sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 920 kilometer yang memberi manfaat kepada lebih 290 ribu penduduk.

"Kedua, sebanyak RM632 juta pula diperuntukkan bagi bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif dengan sasaran 4,800 buah rumah.

"Ketiga, sebanyak RM250 juta disediakan untuk bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran lebih 1,100 buah rumah dan kediaman.

"Keempat, sebanyak RM355 juta bagi Program Bantuan Rumah kepada golongan miskin iaitu membina rumah baharu dan membaik pulih rumah dengan sasaran 15,000 buah rumah," katanya pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, sebanyak RM121 juta lagi bagi memasang 27,000 unit lampu serta menanggung kos operasi dan penyelenggaraan 500,000 unit lampu di jalan kampung.

Artikel Berkaitan: