E-wallet RM50 untuk belia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Program e-Belia akan mengkreditkan RM50 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-wallet individu berusia 18 hingga 20 tahun.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut sebagai langkah ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai di kalangan golongan terbabit.

“Golongan belia memainkan peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna dalam mengadaptasi teknologi terkini.

“Dengan peruntukan RM75 juta ringgit, inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia,” katanya pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, ujar beliau, kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan sebagai pendedahan alam pekerjaan kepada belia.

Sebagai tambahan, katanya, majikan boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut.

“Program ini dijangka memanfaatkan sehingga 50,000 graduan baharu dengan peruntukan RM250 juta,” katanya.

Artikel Berkaitan: