Kerajaan peruntuk keseluruhan RM33 bilion untuk Mindef, KDN

Anggota Polis dan Tentera dilihat memeriksa pengguna motosikal yang melalui sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.- Foto Bernama
Anggota Polis dan Tentera dilihat memeriksa pengguna motosikal yang melalui sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM16 bilion dan RM17 bilion menerusi Belanjawan 2021 kali ini.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu diberikan kepada kedua-dua kementerian itu kerana kerajaan amat mengambil berat berkaitan isu kedaulatan negara.

"Bagi memastikan kesiapsiagaan aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kerajaan akan menaikkan peruntukan penyelenggaraan kepada RM2.3 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM2 bilion sebelum ini.

"Selain itu, dalam menangani jenayah siber yang kian meningkat, kerajaan turut memperuntukkan RM27 juta kepada Cyber Security Malaysia untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara," katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel Berkaitan: