Kerajaan peruntukkan RM6 bilion perkasakan TVET

Jururawat Terlatih Hospital Kuala Lumpur (HKL) Nur’atiqah Ismail, 30, sedang menguruskan fail para pesakit di salah sebuah wad yang pernah di khaskan bagi penjagaan pesakit Covid-19 pada Mei lalu. -Foto Bernama
Jururawat Terlatih Hospital Kuala Lumpur (HKL) Nur’atiqah Ismail, 30, sedang menguruskan fail para pesakit di salah sebuah wad yang pernah di khaskan bagi penjagaan pesakit Covid-19 pada Mei lalu. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memperkasa bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan memperuntukkan RM6 bilion bagi tahun 2021.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi menyediakan pinjaman kepada 24,000 peserta program TVET di institusi latihan kemahiran awam dan swasta, RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) iaitu peningkatan RM100 juta.

“Bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan industri melaksanakan program berteraskan TVET, kerajaan memperkenalkan Sistem Latihan Dual Nasional Plus dengan elaun bulanan dinaikkan daripada RM625 kepada RM1,000,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, inisiatif itu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM60 juta dan memberi manfaat kepada 10,000 peserta.

“Sebanyak RM29 juta juga diperuntukkan bagi melaksanakan program-program TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) antaranya inisiatif pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat kepada 15,000 pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok," katanya.

Sementara itu, kerajaan akan menambah baik sistem sokongan sedia ada untuk petugas barisan hadapan dan golongan ibu bekerja.

Tengku Zafrul berkata, beliau difahamkan terdapat petugas barisan hadapan yang menghadapi kekangan mendapatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

“Sebanyak RM30 juta disediakan untuk menyediakan taska di bangunan-bangunan kerajaan terutama di hospital.

Artikel Berkaitan:

"Bagi sektor swasta, geran padanan sehingga RM20 juta akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka,” katanya.

Sehubungan itu katanya, RM10 juta juga diperuntukkan untuk program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser.