Bantuan sokongan untuk petugas barisan hadapan dan ibu bekerja

Mohd Ridzuan Husin bersama isteri dan anak Elmely Salwani Rahmat, Naurah Amani dan Naaila Auni melihat pembentangan Belanjawan 2021 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini. Foto: ROSLI TALIB

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambahbaik sistem sokongan sedia ada untuk petugas barisan hadapan dan golongan ibu bekerja.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau difahamkan terdapat petugas barisan hadapan yang menghadapi kekangan mendapatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

“Justeru, sebanyak RM30 juta disediakan untuk menyediakan taska di bangunan-bangunan kerajaan terutama di hospital.

“Manakala bagi sektor swasta, geran padanan sehingga RM20 juta akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka,” katanya pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta untuk program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser.

Artikel Berkaitan: