Bimbang monyet ganggu murid tadika

Kehadiran monyet di Felda Jengka 24 lebih setahun lalu menggusarkan penduduk di penempatan terbabit.
Kehadiran monyet di Felda Jengka 24 lebih setahun lalu menggusarkan penduduk di penempatan terbabit.
A
A
A

JENGKA - Murid di Tadika Felda Jengka 24 terdedah risiko ancaman monyet berikutan haiwan itu selalu berkeliaran berhampiran kawasan tersebut didakwa sejak tahun lalu.

Seorang guru, Rogayah Said, 56, berkata, puluhan ekor monyet sering menghampiri premis berkenaan yang dikhuatiri mengundang risiko keselamatan terhadap 25 murid di tadika tersebut ketika ini.

"Jangan sampai ada murid yang ditimpa bencana kerana ancaman monyet. Sebelum ini, haiwan berkenaan pernah memecah masuk ke dalam tadika dan merosakkan peralatan yang ada," katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud, 60, berharap pihak berkaitan segera mengambil tindakan proaktif untuk menangani ancaman monyet di kawasan tadika itu.

"Penduduk setempat juga menghadapi gangguan haiwan liar ini yang selalunya datang pada waktu pagi ketika peneroka keluar ke ladang," katanya.

Ujarnya, sudah beberapa kali aduan dibuat kepada pihak berkaitan sejak Februari tahun lalu dan semalam aduan sama dibuat oleh pejabat pengurusan Felda berhubung isu monyet itu.

"Perkara ini memang menggusarkan penduduk terutama ibu bapa kepada murid-murid tadika yang masih belum matang untuk mempertahankan diri jika diancam oleh monyet," ujarnya.

Artikel Berkaitan: