X

Kindly register in order to view this article
!

RM11.1 bilion untuk pembangunan Bumiputera

UITM mengurangkan yuran konvokesyen dan graduan hanya perlu membayar yuran tersebut pada kadar antara RM110 hingga RM190 sahaja.
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM11.1 bilion disediakan kerajaan bagi meneruskan usaha untuk menyokong pembangunan Bumiputera bagi mengurangkan ketidaksamarataan antara kaum.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merangkumi RM6.5 bilion untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada institusi Bumiputera seperti MARA dan UiTM.

"Ia bagi menjalankan program khusus termasuklah pendigitalan pembelajaran TVET dan menaik taraf program peringkat sijil ke diploma," katanya.

Menurutnya, bagi melonjak dan memperkasa usahawan Bumiputera, sebanyak RM 4.6 bilion disediakan.

"Ia termasuklah RM510 juta bagi tujuan pembiayaan kepada PKS dan PKS Mikro Bumiputera melalui TEKUN dan PUNB," katanya.

Beliau berkata, RM 800 juta juga turut diperuntukkan melalui program peningkatan keupayaan oleh Bank Pembangunan Malaysia dan SME Bank.

"Ketiga, RM 2 bilion diperuntukkan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP," katanya.

Beliau berkata, RM 1.3 bilion lagi untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus untuk Bumiputera.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!