Kerajaan lanjut tempoh Elaun Mencari Kerja

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Foto Bernama
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kerajaan akan melanjutkan tempoh Elaun Mencari Kerja selama tiga bulan bagi tahun 2021.

Beliau berkata, kadar layak menuntut daripada 80 peratus gaji bagi bulan pertama, 50 peratus bagi bulan kedua hingga keenam dan seterusnya 30 peratus bagi tiga bulan terakhir.

Katanya, sebelum ini elaun itu diberi kepada pekerja yang hilang pekerjaan selama enam bulan termasuk bulan pertama layak menuntut 80 peratus gaji dan secara beransur-ansur berkurang kepada 30 peratus gaji.

Artikel Berkaitan: