X

Kindly register in order to view this article
!

Hampir RM28 bilion diperuntuk untuk subsidi, insentif

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen, hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan hampir RM28 bilion ringgit khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif tahun depan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merangkumi bantuan pengangkutan dan kebajikan serta subsidi bagi mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Kerajaan juga akan menaikkan peruntukan daripada RM150 juta kepada RM200 juta untuk melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming termasuk meluaskan pelaksanaannya ke 34 kawasan baharu antaranya di Pulau Sakar di Sabah dan Ulu Mujok di Sarawak.

"Melalui inisiatif ini barangan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, gas LPG, petrol RON95 dan diesel dapat dinikmati oleh lebih 1.1 juta rakyat pada harga yang dikawal," katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!