Kadar bantuan kebajikan bulanan golongan rentan dinaikkan

Kerajaan menaikan kadar bantuan babitkan OKU tidak berupaya bekerja, warga emas, bantuan penjagaan OKU, pesakit kronik terlantar, elaun pekerja OKU, kanak-kanak keluarga miskin.
Kerajaan menaikan kadar bantuan babitkan OKU tidak berupaya bekerja, warga emas, bantuan penjagaan OKU, pesakit kronik terlantar, elaun pekerja OKU, kanak-kanak keluarga miskin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan bagi menambah baik kebajikan golongan rentan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan untuk orang kurang upaya (OKU) tidak berupaya bekerja kadarnya dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

"Bagi warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500, kadar elaun pekerja OKU pula dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

"Bantuan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga," katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Menurutnya, peningkatan kadar ini diharapkan dapat membantu penjagaan anak-anak serta nutrisi makanan.

Artikel Berkaitan: