Peruntukan RM2.2 bilion untuk BPN 2.0

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen, hari ini. -Foto Bernama
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen, hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM2.2 bilion Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua bakal disalurkan kepada golongan terlibat pada Januari 2021.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BPN diperkenalkan untuk mengurangkan beban aliran tunai bagi rakyat yang terkesan berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Bagi tahun 2020, BPN dan juga Bantuan Sara Hidup atau BSH, melibatkan penyaluran sebanyak RM21 bilion kepada 10.6 juta penerima.

"Pada bulan Januari 2021, bayaran BPN2.0 fasa kedua sebanyak RM2.2 bilion bakal disalurkan," katanya.

Artikel Berkaitan: