Ekonomi negara dijangka pulih tahun depan: Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini. Foto: Bernama
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ekonomi negara dijangka kembali pulih dan berkembang pada kadar antara 6.5 dan 7.5 peratus pada tahun 2021.

Menurutnya, perkara itu sejajar langkah proaktif yang diambil kerajaan melalui pakej rangsangan ekonomi, inisiatif Belanjawan 2021 selain disokong pertumbuhan ekonomi global yang diunjur lebih baik iaitu sebanyak 5.2 peratus.

“Ini mengambil kira persekitaran semasa, pertumbuhan ekonomi tahun 2020 disemak semula dan dianggarkan menyusut sebanyak 4.5 peratus.

“Segala inisiatif yang dilaksanakan adalah 'counter-cyclical measures' bertujuan mengurangkan dampak Covid-19 dan Alhamdulillah, kita dapat melihat pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara menunjukkan tanda-tanda pemulihan daripada negatif 28.6 peratus pada April 2020 kepada negatif 3.2 peratus pada Jun,” katanya pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel Berkaitan: