X

Kindly register in order to view this article
!

Agong solat Jumaat di Masjid Kampung Baru

Al-Sultan Abdullah
A
A

KUALA LUMPUR -[DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 1.12 tengah hari diiringi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Khutbah Jumaat bertajuk 'Raja Di Daulat, Negara Dimartabat' disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Baru, Muhammad Asem Salleh Sani dan memimpin solat Jumaat, bersama kira-kira 7,000 jemaah.

Selesai solat Jumaat, Seri Paduka kemudian berkenan beramah mesra dengan para jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid kira-kira 2.20 petang.

Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 24 Januari lepas menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!