Timur Taiwan dilanda gempa bumi bermagnitud 5.4

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

TAIPEI - Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan timur Taiwan pada 9.40 pagi hari ini, namun jumlah kerosakan dan cedera tidak dapat dipastikan berikutan tiada laporan segera, lapor

Agensi Berita Pusat (CNA) Taiwan menurut Biro Cuaca Pusat melaporkan pusat gempa terletak di laut, kira-kira 107.8 kilometer (km) di timur laut Pejabat Daerah Taitung, pada kedalaman 29km, kata Pusat Seismologi biro itu.

Tiada laporan segera dibuat mengenai kerosakan atau kecederaan.

Intensiti tertinggi gempa yang mengukur kesan sebenar gempa bumi berlaku di daerah Taitung, Hualien dan Changhua, dengan ukuran 3 pada skala intensiti 7 peringkat Taiwan.

Gempa itu juga mengukur intensiti 2 di kota Kaohsiung, Taichung dan Tainan dan daerah Nantou, Yilan dan Miaoli, kata biro itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: