X

Kindly register in order to view this article
!

City perlu lupakan Messi

Lionel Messi
A
A

MANCHESTER City dinasihatkan supaya melupakan hasrat untuk membeli Lionel Messi daripada Barcelona sebaliknya perlu berusaha mendapatkan pemain pertahanan yang menjadi posisi kritikal buat The Citizen ketika ini.

Bekas penyerang City, Emile Mpenza berkata, Messi bukan pemain utama yang harus dibeli dengan bahagian serangan pasukan itu sudah pun memilik ramai pemain bintang.

"Saya fikir dengan semua masalah pertahanan yang dihadapi City, Pep Guardiola (pengendali City) tidak memerlukan seseorang seperti Messi. Dia harus membeli pemain pertahanan yang pada ketika ini menjadi masalah utama buat pasukan.

"Vincent Kompany telah meninggalkan lompong besar di benteng pertahanan City dan sehingga kini tiada pemain yang dapat menampung kelompongan tersebut. Tidak berbaloi untuk membeli Messi, tetapi tidak mengatasi terlebih dahulu masalah besar ini.

"City telah memiliki banyak pemain di posisi tersebut seperti Riyad Mahrez dan Sergio Aguero. Jika mereka merekrut Messi, itu akan menjadi sesuatu yang membazir dengan ramai pemain di posisi itu," katanya.

Sebelum ini, City dikaitkan mahu merekrut Messi pada jendela musim panas lalu dengan kapten Barcelona itu menyatakan keinginan untuk meninggalkan Camp Nou.

Bagaimanapun, Messi akhirnya memutuskan untuk bertahan di Barcelona sehingga kontraknya habis pada tahun depan, namun isu perpindahan ke City masih belum berakhir.

Malah, City dilaporkan masih memantau situasi semasa dan sudah menyiapkan prakontrak untuk merekrut Messi apabila kontraknya tamat nanti.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!