Dua suspek larikan kanak-kanak direman

No Image Caption
A
A
A
SEREMBAN- Dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun di Rasah Jaya, semalam, direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dalam kenyataan hari ini berkata penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 11.45 pagi semalam.

Semalam, polis memberkas kedua-dua suspek oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Bukit Mantin, Nilai, pada 2.20 petang.

Suspek seorang lelaki dan seorang wanita ditahan dan kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan.

Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek lelaki mendapati positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.- Bernama

Artikel Berkaitan: